corat-coret

Saturday, February 4, 2012

TAHNIAH UPIN DAN IPIN

Tahniah diucapkan untuk semua warga kerja kartun Upin dan Ipin.Rasanya susah nak cari kartun yang bagus macam ini.Bukan sahaja kanak-kanak yang suka, malahan orang dewasa juga.Termasuklah diri saya. Cerita-cerita yang dipaparkan memang menarik hinggakan anak saya yang berumur 5 bulanpun akan menoleh ke arah tv bila terdengar suara Upin dan Ipin.Kebanyakan cerita-cerita yang dipaparkan juga mengisahkan realiti kehidupan budak-budak kampung.Benar-benar real.Teringat pula zaman kanak-kanak dulu Semeriah kisah Upin dan Ipin.Lebih seronok lagi kalau dipanjangkan sedikit cerita setiap episod. Tak puas rasanya menonton telatah Upin dan Ipin serta kawan-kawannya.
Seperkara lagi, saya berasa seronok apabila anak-anak saya cuba mengaplikasikan nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh Upin dan Ipin.Contohnya, anak-anak yang suka membuat sepah bila dah tengok upin dan Ipin mengemas mainan dalam biliknya, maka dia pun mengikut sama.Katanya, dia pun nak ikut macam Upin dan Ipin.Begitu juga dengan nasihat Cikgu Jasmin dan Opah sering diikut oleh anak-anak. Bukan senang hendak menasihat anak-anak. puas dinasihati tetapi nak tengok perubahan punyalah susah. Peliknya apa yang dinasihatkan oleh Opah dan cikgu Jasmin kepada Upin dan Ipin boleh pula diikut.
Harapan saya semoga lebih banyak lagi cerita-cerita menarik yang akan muncul dalam Upin dan Ipin di TV9.

No comments:

Post a Comment