corat-coret

Saturday, November 14, 2009

AKIBAT TAMAK

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
“Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-“Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.” balas gadis tadi.
“Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.”
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.”Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.” Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
“Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. “Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.” Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, “Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH”

SIAPAKAH KITA???



Siapakah orang yang sibuk?Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan NabiSulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidakmembawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

MASUK ISLAM KERANA PAKAIAN DALAM


Ditulis oleh : Ummu Raihanah
Terjemahan oleh: Wahidah

Mungkin kedengaran aneh dan janggal. Hidayah memang boleh datang bila-bila sahaja dan pada siapa sahaja. Selama ini mungkin kita lebih sering mendengar masuk islamnya seorang bukan islam ke dalam islam di sebabkan hal-hal luar biasa dan penting. Seperti Dr. Miller seorang ahli Injil di Kanada yang masuk islam setelah menjumpai I’jaz Qur’an dari berbagai segi. Tapi yang ini benar-benar tidak biasa. Ya,…masuk islam gara-gara pakaian dalam!!
Fakta ini dikisahkan oleh seorang Pensyarah iaitu Dr. Sholeh di sebuah Institusi Perguruan Tinggi Islam di Saudi, semasa ditugaskan ke England. Ada seorang perempuan tua yang biasa mencuci pakaian para mahasiswa Inggeris termasuk pakaian dalam mereka.
Suatu hari wanita tua ini menceritakan kehairanannya selama bertugas dengan Dr. Sholeh, dimana adanya pakaian dalam yang ‘aneh’. Ada beberapa pakaian dalam yang tidak berbau seperti mahasiswa umumnya, apa sebabnya? Maka ustaz ini menceritakan kerana pemiliknya adalah muslim, agama kami mengajarkan bersuci setiap selesai buang air kecil mahupun buang air besar, tidak seperti mereka yang lain yang tidak prihatin dalam masalah seperti ini.
Apa yang diberitahu oleh Ustaz itu memberi kesan yang amat mendalam kepada ibu tua itu dan tidak lama kemudian ia mengikrarkan syahadat, masuk islam.

Di kutip dari : Majalah Al-Qawwam edisi 15, dzul qa’dah 1427 H Badiah, Riyadh.
Kosa kata:
I’jaz Qur’an : artinya adalah kehebatan, kemukjizatan dan keajaiban Al-Qur’an.

ERTI CINTA


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka.
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :
“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak. Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.
di ambil dari : ukhwah.com

MANAR ISLAM


Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir


Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.Malangnya walaupun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapatitertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramaisegera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan. Kata- kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

MUHASABAH DIRI


Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu-ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam,Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya. Maka tiba-tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah-olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan.Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri. Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid - murid alim ulamak tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah). Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul dihadapannya lalu beliau telah bercerita :Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung didalam sebuah kandang yang serdehana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang,yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat di masjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut.Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyangpun di laksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam.Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang,seluruh penduduk kampung telah pulang kerumah masing -masing sambil ketawa terbahak-bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia'Allah telah jauh meleset.Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi,dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan!Subhanallah! Keesokan harinya, kesemua alim ulamak penduduk kampung berkumpul di masjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya,pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnyapun telah tiada.Bekas kandangpun tiada, seolah-olah kandang kibas tidak pernah wujud! Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.Allah Ta'ala telah berfirman yang sekira - kira bermaksud :"Janganlah engkau semua melagak - lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa.(SurahAn-Najm : 32)

AMARAH YANG MARAH


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.”

ALLAH SENTIASA MENERIMA DOA


Oleh:Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Insan hendaklah bersangka baik dengan Allah. Meyakini bahawa Allah senantiasa melimpah ruahkan rahmatNya. Mendampingkan diri kepada Allah menerusi jendela perbuatan dan amalan yang diredhai. Apabila Allah redha kepadanya, maka dia akan merasakan betapa Allah itu hampir dan tidak jauh darinya. Sebenarnya, insan itulah yang selalu menjauhkan dari Allah. Apabila dia ditimpa cubaan dia bertanya di mana Allah?!!. Sikap dan akhlak insan terhadap Allah selalu menyebabkan insan hilang pedoman, merasa diri dipencilkan dan tiada tempat yang ingin mendengar rintihannya. Sedangkan tempat untuk mengadu dan merintih senantiasa terbuka di sisi Allah.

Kadang-kala seseorang insan rela ke sana-sini memohon bantuan bagi sesuatu pekerjaan dan urusannya dari makhluk sehingga terlupa untuk memohon bantuan dan bertawakkal kepada Allah. Bersusah payah insan berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah yang senantiasa mendengar rintihan hamba dengan penuh rahmat. Ini semua kerana insan merasakan Allah itu jauh darinya dan dia lupakan firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”
Ya! Allah itu hampir dan amat sudi untuk segala doa yang diangkat kepadaNya. Justeru itu sangat menghairankan bila adanya insan yang meninggalkan doa kepada Allah yang hampir kepadaNya lalu mendapatkan makhluk-makhluk yang tidak terdaya untuk mengadu segala rasa hati dan dukacita. Padahal kita tahu bahawa sikap makhluk apabila terlalu banyak diminta maka bertambah rasa bosannya sedangkan Allah pula lagi banyak kita mengadu dan meminta bertambah pula kasih dan sayangNya. Allah tidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah.

Sesiapa yang hatinya bersih akan menangislah dia apabila membaca ayat di atas. Betapa Allah dengan penuh kasih sayang meminta kepada RasulNya agar memberitahu bahawa Dia sangat hampir kapada mereka serta mendengar doa dan rintihan mereka.
Kita diajar di dalam Islam agar senantiasa bergantung kepada Allah nescaya kita dapati Allah senantiasa bersama kita. Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil:
Maksudnya:Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah. (Riwayat al-Tirmizi hadith ke-2516, katanya hadith ini hasan sahih)
Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya. Firman Allah dalam Surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kepadaKu nescaya Aku menjawab untuk kamu” Mungkin akan ada yang bertanya: “Allah telah memberitahu bahawa Dia pasti menerima doa sesiapa yang berdoa kepadaNya namun mengapa masih ada insan yang berdoa tetapi kesan doanya tidak dapat dilihat secara zahir?”. Untuk itu, maka para `ulama telah menjawab persoalan ini, antaranya, apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan doa) bukanlah bererti semestinya setiap doa itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon.. Bahkan doa seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah:
Maksudnya:
“Tidak ada seorang muslim pun yang berdoa dengan sesuatu doa yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya.”
Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin : Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya’la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih (m.s. 65, cetakan. Lubnan)
Menerusi hadith di atas, baginda Nabi s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa setiap doa yang tidak mempunyai sebab-sebab ditolak akan pasti diterima oleh Allah menerusi tiga keadaan berikut;
Pertama: Dimakbulkan segara di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperolehi kurniaan. Hasil kesungguhan mereka berdoa, Allah makbulkan buat mereka. Kadang-kala dengan begitu pantas. Kadang-kalanya dilewat disebabkan hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil untuk Allah menerima doa seseorang sekali dianggap mustahil oleh manusia. Lihatlah seorang wanita dari Aljeria yang mengidap penyakit barah yang segala doktor yang dia pergi mendapatkan rawatan mereka berputus asa. Akhirnya dengan aduan dan rintihan yang sungguh-sungguh kepada Allah, dia sembuh tanpa sebarang kesan barah yang mengkagumkan seleuruh pakar perubatan negaranya. Kata wanita itu: “Saya telah mengadu kepada Dia yang tiada tempat pergi dan lari dariNya, itulah Allah!!!. Demikian kiranya doa dimakbulkan.
Kedua: Tidak dilihat kemaqbulannya di dunia tetapi disimpan untuk balasan kebaikan yang besar di akhirat di atas hikmah yang hanya dihendaki oleh Allah. Kalau ini berlaku hendaklah kita fahami bahawa ianya adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk kita. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara. Allah tidak memaqbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam,baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang kita pohon. Akal kita kadang-kala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu. Umpamanya, seseorang yang memohon kepada Allah agar diberikan kemewahan yang melimpah, namun Allah tidak menunaikan hajatnya itu, lantas dia merasa diri tidak bernasib baik. Padahal Allah tidak menunaikan hajatnya itu kerana kasih-sayang Allah kepadanya. Allah mengetahui orang ini sekiranya dia berada dalam kemewahan, dia akan lupa kepada Allah maka rugilah kehidupan akhiratnya nanti. Allah ingin menyelamatkannya lalu ditangguh doa tersebut untuk hari akhirat. Ini adalah contoh ringkas bagi memudahkan kefahaman pembaca. Oleh itu kepadaNya kita berserah. Bahkan apabila kita berada di alam akhirat nanti, kita akan berasa betapa beruntungnya segala doa yang tidak dimaqbulkan itu ditangguh untuk diberi ganjaran besar ketika kita dihisab di Mahsyar kelak lalu segala doa tersebut menjadi penyelamat kita dari keperitan neraka atau pengangkat darjat keistimewaan kita di syurga. Di sana nanti satu persatu doa yang ditangguh itu ditunaikan dengan cara lebih baik dari yang dijangka oleh seseorang hamba.
Ketiga: Doa diganti dengan keselamatan diri dari keburukan yang akan mengenainya. Hasilnya, betapa banyak keburukan yang insan terselamat darinya tidak dengan kehebatan atau kebijaksanaannya tetapi rahmat Allah yang barangkali datang hasil dari doa-doa kita yang berbagai kepada Allah.
Di samping itu semua, wajar diingatkan, perbuatan berdoa itu adalah suatu ibadah. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadah ketika dia berdoa kepada tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahala pasti ada di sisi Allah S.W.T.
Sabda Nabi s.a.w.
Maksudnya: “Doa itu adalah ibadah”
(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3372, Abu Daud hadith ke-1479, Ibnu Majah hadith ke-3828. Kata al-Tirmizi: “Hadith ini hasan sahih Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz: Hadith ini sanadnya sahih, seperti apa yang nyatakan oleh al-Hakim dan al-Zahabi.( m.s. 247. Ctk. Riyadh.)
Berdasarkan riwayat di atas kita dapat merasai betapa luasnya rahmat Allah. Bukan sahaja insan senantiasa dibuka peluang untuk meminta daripadaNya, bahkan setiap doa yang dikemukakan dijadikan ibadat iaitu diberi balasan pahala di sisiNya. Demikian Allah Yang Maha Luas rahmatNya bertambah banyak pemohan kita kepadanya bertambah pula kasihNya kepada kita. Sabda Nabi s.a.w.: Maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah melebihi doa” (Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3370, Ibnu Majah 3829. Kata al-Tirmizi hadith ini `hasan gharib) .Bahkan di sana terdapat dalil-dalil yang begitu banyak yang menggambarkan begitu besarnya kelebihan berdoa. Ini kerana doa adalah perlambangan tunduk serta rasa hina diri dan berhajatnya insan kepada pertolongan Allah yang Maha Berkuasa. Oleh itu berdoalah kita kepadaNya dan jangan berputus asa dari rahmatnya.

(sumber: al-ahkam.net)

Tuesday, October 20, 2009

PETUA MENDAPATKAN ANAK BIJAK

Adakah anda mengimpikan untuk memperolehi anak yang bijak? Jika ya, cuba petua ini. Pada awal kehamilan, ibu hendaklah sering menyanyi, bermain piano,dan menyelesaikan masalah matematik.Ianya adalah bertujuan untuk melatih otak anak yang masih berada di dalam kandungan agar ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Menyelesaikan masalah matematik ini hendaklah dilakukan sehingga si ibu melahirkan. pada awal mengandung juga si ibu hendaklah banyak memakan kacang badam dan korma bersama susu , roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Jika tidak suka makan ikan ambillah pil minyak ikan.(Menerusi hadith, Nabi Muhammad SAW juga menggalakkan kita minum susu dgn kurma, tidak makan kepala ikan utk mengelakkan otak kita bebal) .Salad dan kacang mestilah dijadikan suatu kemestian, terutama badam.(Menerusi hadith juga, Nabi Muhammad SAW tidak menggalakkan kita mencampurkan makanan laut dgn makanan darat dalam satu juadah, spt ikan+daging, sotong+ayam). Makan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama kerana dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (Sebab tu Nabi Muhammad SAW suruh kita makan kurma dulu sebelum jamah makanan lain). Jangan sekali kali merokok kerana siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Pemakanan anak yang telah lahir pula hendaklah dikawal. Makanan awal ialah buah- buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan. Latih anak bermain piano dan violin atau alat muzik lain kerana dengan bermain muzik dan memahami nota- notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Getaran muzik dapat merangsang otak.Cuba kaitkan dgn membaca surah Al-Luqman, Yusuf atau Maryam semasa sedang mengandung.. Selain dari itu, sukan juga penting bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara. Menggoyangkan kepala pula dapat mengaktifkan otak dan menambahkan oksigen dikepala. Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! ( Cuba korang kaitkan perkara ni dgn zikir/tahmid, kan afdal dgn goyangkan kepala kiri kanan semasa berzikirkan. .?(Nabi Muhammad SAW juga menggalakkan anak kita belajar memanah, menunggang kuda, berenang etc). Merokok menjanjikan generasi yg bebal dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok.

Tuesday, August 4, 2009

BUSANA MUSLIMAH, BLOUSE & KEBAYA

HARGA BUSANA MUSLIMAH, BLOUSE DAN KEBAYA YANG SANGAT MURAH! JANGAN LEPASKAN PELUANG DAN DAPATKANNYA SEGERA.
Code:ZA122
Blouse Panjang
Size:Blouse (46) + Inner (XXL)
Colour: Seperti dalam gambar
Hiasan: Manik dan butang berwarna emas.
Harga:RM60.00
Code:ZA123
Description:sda(sama seperti di atas)
Size:Blouse(48)+Inner (XXL)
Harga:RM60.00
Code:ZA124
Description:Sda
Size: Blouse (44) + Inner(L)
Harga:RM60.00
Sold Out!
Code:WA111
Blouse Tanpa lining
Size:44
Colour: Putih + Merah
Hiasan: Batu & Manik.
Harga:RM29.00Code:WA112

Description:sda

Size:46

Colour:Putih, kuning & Oren

Harga:RM29.00

Code:WA113

Description:Sda

Size:44

Colour:Hijau & Putih

Harga:RM29.00

Code:SA111

Blouse Tangan Bercekak

Size:46

Colour:Hitam, Kelabu, Pink & Putih

Hiasan:Manik

Harga:RM29.00

Sold Out!

Sold Out!

Code:WA123

Blouse Tangan Bercekak

Size:50

Colour: Merah & Kelabu

Hiasan: Manik

Harga:RM29.00

Sold Out!

Code:GA123
Kebaya Tangan Bercekak (LA VINCI)
Size:42
Colour: Coklat
Hiasan: Sulaman
Harga:RM50.00
Code:GA124
Description: Sda
Size:40
Colour: Hijau
Harga:RM50.00

Code:GA125

Description:Sda

Size:40

Colour:Merah

Harga:RM50.00

Code:FS001
Kurung Moden
Size:42
Colour:Purple
Hiasan: Sulaman & Batu
Harga:RM50.00
Sold Out!

Code:FS002
Description:sda
Size:40
Colour:Hijau
Harga:RM50.00
Sold out!
Code: BB001
Fesyen: Jubah Tangan Dato' Siti
Size:42
Colour: Hitam & Biru
Hiasan:Manik
Harga:RM50.00
Sold out!
Code:BB002
Description:Sda
Size:42
Colour: Hitam & Coklat
Harga:RM50.00
Sold Out!
Code:BB003
Description:Sda
Size:42
Colour: Hitam & Oren
Harga: RM65.00

Code: SF002

Description:Sda

Size:40

Available: 2 pasang

Colour:Purple & Hijau

Harga:RM50.00


Code:WA654

Kurung Moden Tangan Bercekak

Size:40

Colour: Purple

Hiasan:Manik

Harga:RM50.00

Sold out!
Code:FD654
Blouse Tangan Bercekak
Size:52
Colour:Hitam & Hijau
Hiasan: Manik
Harga:RM30.00
Code:FF432
Blouse Tangan Bercekak
Size:42
Colour: Sky Blue
Hiasan:Manik
Harga:RM40.00
Sold Out!
Code:HG543
Blouse Tangan Bercekak
Size:XL
Colour:Putih, Purple & Biru
Hiasan: Manik
Harga:40.00
Code:WW453
Fesyen: Blouse Tangan bercekak
Size:44
Colour:Kelabu & Kuning
Hiasan:Manik
Harga:RM30.00
Code:FD887
Blouse Tangan Berceka
Size:52 & 48
colour: Hitam berbunga pink
Hiasan: Manik
Harga:RM30.00
Code:WA745
Blouse Tangan Bercekak
Size:46
Colour:Hitam
Hiasan:Labuci & manik
Harga:RM29.00
Sold out!
Code: WB746
Blouse Tangan Bercekak.
Size:46
Colour:Biru Muda
Hiasan: Labuci & manik
Harga:RM30.00
SOLD OUT!!
Code:WA735
Blouse Tangan Bercekak
Size:44
Colour:Hitam Berbunga kuning
Hiasan:Manik
Harga:RM30.00
Code:WA81113
Baju Kurung Moden (Tangan Kembang) (NONA)
Kain Kipas belakang
Size:M
Colour:Biru Nila
Hiasan:Labuci & manik di bahagian hadapan baju dan leher
Harga:RM90.00
Sold Out!
Code:RR987
Fesyen:Baju Kurung Moden (Tangan Kembang)
Kain Kipas belakang
Size:L
Colour:Coklat
Hiasan:Labuci & manik di bahagian hadapan baju dan leher
Harga:RM90.00
Sold Out!
Code:8169-2 (A)
Baju Kurung Moden
(Tangan Bercekak)
Kain Potongan A
Size:38
Colour:Biru Tua
Hiasan:Manik
Harga:RM55.00
Code:8200-1
Fesyen:Kurung Moden ,Ciffon silk
(Tangan Dato' Siti Nurhaliza)
Kain Potongan Duyung
Size:42
Colour:seperti dalam gambar.
Hiasan:Manik
Harga:RM55.00
Code:8169-2 (B)
Kurung Moden
(Tangan Bercekak)
Kain Potongan A
Size:42
Colour:Hijau
Hiasan:Manik
Harga:55.00
Code:WC321
Jubah
Size:44
Colour:Unggu
Hiasan:Sulaman
Harga:RM50.00
Code:WD321
Jubah
Size:42
Colour:Sama seperti warna border gambar baju ini.
Hiasan:Sulaman
Harga:RM50.00
Code:WE321
Fesyen:Jubah
Size:42
Colour:Coklat tua
Hiasan:Sulaman
Harga:RM50.00
Sold Out!
Code:8200-2
Kurung Moden, Ciffon Silk
(Tangan Bercekak)
Kain Potongan Duyung
Size:48
Colour:Seperti dalam gambar
Hiasan:Manik
Harga:RM55.00
Code:8200-3
Kurung Moden, Ciffon Silk
(Tangan Bercekak)
Kain Potongan Duyung
Size:44
Colour:Seperti dalam gambar
Hiasan:Manik
Harga:RM55.00
Code:B1210
Fesyen:Blouse Panjang
Size:44 (Blouse Luar) Inner: L
Colour:Hijau Lumut
Hiasan:Butang Warna emas dan
Manik berwarna emas disepanjang tempat butang
Harga:RM60.00



ORDER:
Hubungi@sms wawa di :017-3017075

PERINGATAN:
Warna baju dalam gambar adakalanya tidak benar-benar sama dengan warna baju sebenar. Kualiti warna gambar kurang memuaskan. Bagaimanapun warna tersebut kebanyakannya hampir-hampir sama.

SYARAT PEMBELIAN:
Barangan yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan semula.

PENGHANTARAN:
Melalui Pos Laju. Harga barangan yang terpapar adalah termasuk kos penghantaran melalui Pos Laju.

HAND BAG & PURSE

Hand carry bag ini setiap satu dijual pada harga RM12.00 sahaja. Setiap bag ini ada disertakan sekali dengan tali sandang di dalamnya.

Code:HC001
HCoo2
HC003 Sold out!

HC004

HC005

HC006
HC007 Sold out!
HC008
HC009
HC010

Hand bag di bawah ini setiap satu dijual pada harga RM25.00 sahaja. Terdapat dalam 3 warna.

Code: HB001
Code:HB002

Code:HB003