corat-coret

Thursday, December 8, 2011

BERCUTI KE LANGKAWI

Cuti sekolah baru-baru ini aku dan keluarga telah pergi ke Pulau Langkawi. Ini adalah lawatan kali pertama kami ke sana. Tak sangka best juga rupa-rupanya Langkawi. Pada mulanya kami merancang untuk bermalam 2 hari saja di sana. Tapi nampaknya terpaksa dipanjangkan sedikit. Memandangkan budget kami tak besar mana,4 haripun cukuplah. Sewa hotel saja RM130 satu malam. 4 hari dah berapa???? Kalau diikutkan hati nak berada di Pulau langkawi selama seminggu atau lebih daritu...
Sampai saja di jeti lebih kurang pukul 7 pagi. Ada seorang agen mencadangkan kami mengambil hotel dan menyewa kereta di bawah syarikatnya. Kamipun apa lagi terus saja membayar deposit .Selepas itu, suamiku membeli tiket. Harga tiket RM34.00 untuk seorang kalau tak silap la.. dah tak ingat sangat. Kanak-kanak pun kena bayaran juga kalau dah berumur 3 tahun. 7.45 pagi feri bertolak menuju Pulau Langkawi. Perjalanan menaiki feri memakan masa lebih kurang 1 jam. Sampai di sana kami terus mendapatkan kereta sewa yang telah dijanjikan oleh agen semasa di jeti. kami dapat kereta Iswara. Boleh tahanla jugak kereta ni. Lepas tu terus menuju ke Hotel. Nama hotel tempat kami menginap ialah Hotel Lancons. Berhadapan dengan Under Water World. Strategik jugak tempat ni. Senang nak cari makanan dan yang paling penting senang nak cari survenior.Hotel ni juga terletak sangat hampir dengan Pantai Cenang. Kalau bawa anak-anak kecil macam saya memang elok sangat tempat ni. Boleh berjalan kaki pergi ke pantai dari hotel.


Gambar kami di Hotel Landcons. Bersiap-siap untuk ke destinasi seterusnya.

Pantai Cenang tujuan kami. Pagi-pagi lagi dah ramai mat saleh yang menjemur badan di tepi pantai. Suamiku mengepam pelampung yang dibawa dari rumah untuk anak-anak. Siap saja anak-anak terus meluru masuk ke laut. Seronoknya mereka.




Sekitar Pantai Cenang, Pulau Langkawi. Pertama kali anak-anak mandi laut. Gembira tak terhingga.

Hari pertama jalan-jalan survey tempat mana yang kami nak pergi saja. Harini hujan lebat tak boleh nak buat aper. Duduk dalam kereta saja sambil menikmati keindahan kawasan Pulau Langkawi. hari kedua cuaca baik. Kami pergi ke Under Water World. Tiket masuk boleh tahan jugak harganya. tapi anak-anak punya pasal tak kisahla.




Di dalam Under Water World melihat ikan pari dan singa laut yang susah untuk mengambil gambarnya.
Habis mencuci mata melihat pelbagai jenis spesis lautan dan haiwan antartika, kamipun pergi ke tempat cable car.
Beli tiket dan terus tunggu giliran menaiki cable car. Fuhh.. ramai sungguh pelawat yang nak naik cable car time cuti ni. Lama la menunggu giliran. Akhirnya sampai giliran kami. Bila cable car bergerak saja terasa seram sejuk badan ini. Anak-anak nampak releks sajer sebab mereka dah pernah menaiki cable car sebanyak 2 kali sebelum ini. First time di Genting Highland dan second time di Sentosa Island Singapore. Bila sudah sampai di puncak angin bertiup kencang, lagi la seram. Semoga Allah selamatkan kami. Terbayang-bayang kalau cable car ni terjatuh.. macam mana ye? Moga dijauhkan...


Melihat pemandangan Pulau Langkawi dari udara. Saujana mata memandang. Indahnya ciptaan Allah.



Merasai angin segar yang bertiup kencang di atas puncak bukit sambil menikmati pemandangan laut yang biru. Walaupun matahari sedang terpacak di atas kepala tak terasa panas. Cuma susah sedikit nak buka mata. Terlupa nak bawak cermin mata hitam.
Balik dari menaiki cable car terus menuju Telaga Tujuh. Aduh letihnya mendaki. Jalan nak ke air terjun dekat dengan telaga tujuhni berbukit. jenuhlah aku, dengan menggendong anak kecik ni.. sampai dekat air terjun terasa nak pitam. aku duduk sajer. Suami dan dua orang lagi anak aku terus mandi. Di sini aku tak dapat mengambil gambar kerana melayan kepala yang dah nak pecah berdenyut-denyut. Pukul 7.00 malam balik ke hotel semula. Anak-anak semua dah tertidur. So malam tu berehat sahaja selepas menikmati ikan bakar di sebuah kedai makan sekitar Hotel Landcons.
Keesokkannya balik.. sebelum sampai ke jeti, kami membeli belah ubat-ubat berasaskan gamat. Tak puas, Insyaallah ada rezeki kami akan sampai lagi ke Pulau Langkawi. Banyak lagi tempat menarik yang tak sempat kami pergi.
Peringatan kepada pengunjung Pulau Langkawi kali pertama... jangan menggunakan khidmat ajen yang menawarkan apa-apa sajer semasa di jeti.. cari sendiri hotel dan kereta apabila sampai di Pulau Langkawi.. tak susah. sebab harga yang ditawarkan dah campur mark up untuk mereka. so banyak sikitla duit akan keluar. daripada duit keluar untuk mereka baik guna untuk beli coklat kat Langkawi tu, boleh wat survenior untuk sedara mara...hehehe..


To be continue...saya akan upload gambar-gambar dan video semasa saya melawat ke Singapura tahun 2009 &2010 dan Myanmar tahun 2011 pula selepas ini.

No comments:

Post a Comment