corat-coret

Sunday, March 25, 2012

MAAFKAN MAMA..

Sudah beberapa kali anakku terjatuh dari katil..Rasa bersalah dan sedih susah nak aku gambarkan. Bukannya mama sengajakan sayang. Maafkan mama sayang. Kekadang mama mengantuk sangat sampai tak perasan yang anak mama dah bangun. Berdentum bunyinya bila anakku terjatuh dari katil.. memang sungguh kuat bunyinya.. tak dapat nak bayangkan bagaimana rasa sakit yang bayi aku tanggung. Tangisannya cukup kuat.. Mesti dia sakit. Kesian anak mama. Baru 6 bulan tapi rasanya dah jatuh dari tempat tinggi lebih daripada 4 kali. 3 kali dari katil dan 1 kali daripada rokking chair dan jatuh sendiri terlentang semasa belajar berdiri entah berapa kali. Nasib baik tak jadi apa-apa. Setakat yang aku tahu kalau bayi terjatuh tetapi tak muntah maksudnya tiada masalah tetapi kalau bayi terus muntah cepat-cepat bawa berjumpa doktor. Sekarangni untuk mengelakkan anak aku jatuh dari katil aku dah tak tidur lagi atas katil. Tidur di bawah lebih selamat walaupun tak selesa. Demi anakku, mama sanggup buat apa sahaja.

No comments:

Post a Comment