corat-coret

Sunday, October 17, 2010

Tanaka Bark


Kayu Tanaka.

Kayu Tanaka ini sememangnya sudah terkenal sejak dahulu lagi di kalangan masyarakat luar. Ianya dipercayai boleh digunakan untuk tujuan melembutkan dan mencerahkan kulit muka.
Pada suatu masa dahulu, kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat diraja disana untuk mencantikkan kulit. Dipercayai kayu Tanaka ini berfungsi untuk melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik. Ia juga dapat menyejukkan, menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh.
Menariknya, kayu Tanaka ini mempunyai pelbagai fungsi. Setakat ini belum ada kajian saintifik lagi mengenai kayu ini. Tetapi di Malaysia sudah ada syarikat kosmetik yang menggunakan kayu Tanaka ini sebagai asas dalam kosmetik mereka.Tidak ketinggalan, negara seperti Singapura, Filipina dan Thailand sudah tidak asing lagi dengan bedak Tanaka. Di Malaysia, Kosmetik berasaskan kayu Tanaka telahpun diiklankan di dalam kaca televisyen. Jika tidak salah nama kosmetik itu ialah Bio Essense Tanaka White.Yang tidak ada dalam iklan pun banyak juga.
Menurut masyarakat Myanmar, kulit kayu inilah yang mujarab digunakan sebagai petua untuk merawat dan mencantikkan kulit muka mereka. Tidak kira jenis kulit sensetif, normal, kombinasi, semuanya boleh menggunakannya tanpa was-was.Boleh juga digunakan kepada bayi baru lahir.Ianya tidak memudaratkan kulit.Kita lihat senario sekarang, ramai orang ingin kelihatan cantik dengan cepat tetapi produk yang digunakan semuanya mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Memang nampak cantik pada mulanya tetapi lama kelamaan kulit menjadi rosak. Jadi lebih baiklah kita sebagai pengguna bijak cuba beralih kepada bahan semula jadi seperti Kayu Tanaka .
Kayu Tanaka ini, diasah di atas batu untuk menghasilkan esen yang berwarna coklat seperti foundation yang boleh kita perolehi di pasaran. Esen itulah yang disapukan ke kulit muka. Setelah kering di muka, warna coklat itu terus berubah menjadi kekuningan. Tetapi ianya nampak seperti kita memakai bedak sejuk. Boleh diratakan ke muka dengan menggosoknya sehingga rata seperti kita memakai bedak. Adalah lebih baik bagi orang yang berjerawat memakainya dengan tebal di muka pada waktu malam. Seperti memakai MASKER. Kalau hendak dipakai untuk keluar rumah mesti pandai meratakannya ke kulit muka agar orang tak perasan.Ianya dapat mengecutkan jerawat dengan cepat.Tanaka memberi kesan sejuk kepada kulit muka setelah kita memakainya. Fungsi lain esen Tanaka ini ialah ianya boleh dijadikan masker untuk menegangkan kulit muka. Jika masker biasa yang kita beli dipasaran, kita perlu mencuci muka selepas 20 minit dan tidak boleh bercakap-cakap kerana takut kulit boleh berkedut. Berbeza dengan esen Tanaka. Ianya boleh digunakan sampai hilang sendiri dari kulit dan kita bebas menggerak-gerakkan muka. Jika kulit kita jenis yang berminyak usahlah bimbang kerana dengan memakai esen ini kulit kita lama kelamaan akan menjadi kurang berminyak lagi dan akhirnya menjadi normal. Disamping itu, ianya boleh dijadikan pelindung cahaya matahari, dan mencerahkan kulit jika dipakai secara berterusan. Sel kulit mati akan tanggal semasa kita menggosok muka untuk meratakan warna esen yang telah kering. Ianya kelihatan seperti daki.
Pada mulanya, saya tidak pernah tahu tentang keistimewaan kayu ini hinggalah seorang wanita memperkenalkannya kepada saya. Beliau menyarankan agar saya memakai kayu ini untuk menghilangkan jerawat yang banyak di muka saya.Saya mengalami masalah jerawat sejak berumur 14 tahun lagi. Rasa rendah diri sangat bila tengok kawan-kawan yang licin. Jerawat saya makin lama makin teruk.Merah-merah dan bernanah. Tangan pulak gatal je nak picit. Orang kata kalau makan tak jaga memang susah nak control jerawat. Tapi nak buat macamana, saya ni pantang nampak, semua yang dilarang makan itulah yang saya makan. Jadi jerawat saya tak hilang-hilanglah. Bila saya sudah habis belajar di Universiti, saya duduk serumah dengan seorang kawan yang bermasalah macam saya juga. Nak dijadikan cerita, kami berdua pergilah satu klinik tu. Kawan saya tu kata, doktor di klinik tu pernah beritahu dia, yang dia boleh berikan rawatan yang paling baik untuk hilangkan jerawat tapi kosnya tinggilah sikit. So bila kawan saya dah ada duit, dia pun ajak saya pergi klinik tu. Sampai di klinik doktor tu berikan injection dan beri pil. Tak pasti pil apa. Mungkin antibiotik. Nak tahu apa terjadi selepas 2 -3 hari makan ubat tu, jerawat kawan saya jadi lebih teruk. Dari jerawat biasa-biasa dah bertukar jadi bernanah-nanah. Pada mulanya cuma bahagian muka, tapi tetiba bahagian badan pun ditumbuhi jerawat bernanah. Memang marah gila kawan saya. Sampai saya dengan kawan saya rasa macam nak bakar je klinik tu. Tak puas hati betul...tapi takla kami bakar..Bila saya dah ada kerja dan ada duit saya pun jumpa doktor lain pula untuk rawat jerawat saya. Rawatan yang diberi sama juga, iaitu antibiotik. Makan la antibiotik tu. Tapi tak berhasil juga. Cuba itu, cuba ini, dari yang berharga belasan ringgit hingga ratusan ringgit. Semua tak berhasil sampailah saya dah kahwin. Akhirnya, saya diperkenalkan pula dengan kayu tanaka oleh seorang wanita warga asing. Beliau menceritakan kebaikan memakai esen dari kayu ini. Dia telah menggunakan esen Tanaka ini untuk menghilangkan jeragat di mukanya. Kata beliau, hasilnya sangat memberangsangkan. Beliau mengatakan,untuk menghilangkan jerawat kita hanya perlu memakainya lebih kurang dalam 2 hingga 3 minggu untuk melihat kesannya. Lalu saya mencuba. Betul katanya. Lebih kurang 2 minggu saya menggunakan esen ini, jerawat saya hampir hilang kesemuanya. Adik- beradik pula asyik bertanya bagaimana kulit saya yang berjerawat dulu boleh hilang. Sekarang, masing-masing mencubanya.Dan sekarang saya nak berkongsi dengan pembaca blog saya ini pula. Manalah tahu kalau-kalau ianya mujarab untuk anda pula. Kayu tanaka ni bahan semulajadi. Jadi tak perlu khuatir tentang risikonya, INSHAALLAH. Kayu Tanaka inilah akhirnya yang menjadi ubat paling mujarab bagi saya menghilangkan jerawat. Insyaallah jika saya ada jumpa gambar saya masa ada jerawat dulu, saya akan uploadkan disini. Kalau tak de maaflah. Juga gambar saya kini yang tak ada jerawat. Bekas jerawat lubang-lubang je yang tinggal.Harga kayu ni mahal ke? Tidak. Harganya pula pasti semua mampu untuk membelinya. Harga Kayu Tanaka ini tidak mahal hanya RM30.00 sahaja untuk saiz kayu sederhana.Harga ini termasuk kos pengeposan. Jika digunakan setiap hari, ianya boleh tahan hingga 2 hingga 3 bulan malah bertahun-tahun kalau jarang-jarang memakai. Jika kulit kayu tersebut telah habis jangan dibuang kerana bahagian batangnya juga boleh digunakan sebagai bedak biasa. Jangan risau kalau anda tak habis pakai kerana kayu ini tiada tarikh luputnya. Macam saya, saya hanya gunakan bila jerawat tumbuh. Bila dah ok saya berhenti pakai. Mudahkan..Bagi yang baru hendak mencuba, saya sarankan agar anda membeli set Kayu Tanaka dan batu asahnya sekali. Harganya cuma RM65.00 (set percubaan, saiz kayu kecil). Cara menggunanya serupa juga iaitu dengan mengasah menggunakan batu pengasah tanaka. Untuk makluman, saya juga ada menjual batu pengasah kayu tanaka berharga RM35.00 jika dibeli secara berasingan ( termasuk kos pos). Jimat bukan. Jika hendak dibandingkan dengan produk-produk merawat jerawat lain yang pernah saya gunakan ianya sangat berbaloi. Saya telah membelanjakan ribuan ringgit membeli berbagai-bagai produk dalam dan luar negara tetapi inilah yang paling berkesan dan murah. Jadi, apa tunggu lagi!!!!!!Seperkara lagi, selain daripada batu asah yang saya jual itu, kita boleh menggunakan belakang lesung batu atau bahagian bawah pasu bunga.Pengguna-pengguna Kayu Tanaka yang saya hubungi semuanya mengatakan penggunaan kayu ini untuk merawat jerawat memang berkesan.
Sesiapa yang berhasrat untuk membeli kayu Tanaka ini dalam kuantiti sedikit atau banyak bolehlah hubungi saya di 017-3017075 (Ida) @email:wahidahabdwahib@yahoo.com

Cara Memakai esen Tanaka:-


Step 1:Rendam dahulu kayu Tanaka dalam air sejuk dan gosok-gosok sedikit menggunakan berus yang lembut seperti berus gigi untuk menghilangkan kotoran yang melekat pada kayu tersebut buat kali pertama sahaja. Kemudian, sediakan batu asah seperti dalam gambar atau lain-lain benda yang boleh digunakan untuk mengasah kayu ini.Untuk penggunaan seterusnya tidak perlu cuci lagi.

Step 2:Titiskan air 5-6 titik ke atas batu asah.

Step 3:Asah kulit kayu Tanaka mengikut arah pusingan jam. Pastikan batang kayu di baringkan seperti dalam gambar. Bukan menegak. Kerana kulitnya yang mahu digunakan.

Step 4: Asah kayu dengan perlahan-lahan sehingga esen berwarna coklat terhasil. Esen kelihatan seperti foundation(pekat).

Step 5:Jangan biarkan esen kering.

Step 6: Gunakan jari untuk mengambil esen.

Step 7:Sapukan ke muka, biarkan hingga kering.Biarkan seperti memakai masker. Boleh juga jika mahu disapu rata seperti memakai bedak.

Bagi yang malas hendak mengasah kayu tanaka ada alternatif lain iaitu bedak tanaka. Hanya perlu basahkan sedikit tapak tangan dan muka, gosok tangan pada permukaan bedak sehingga jadi macam foundation, kemudian sapu ke muka. Boleh juga memakai span makeup yang jenis boleh dibasahkan. Pakai siang atau malam pun boleh. Harga bedak packing baru cuma RM25.00 kos pos (semenanjung Malaysia RM6.00 ),(Sabah dan Sarawak RM9.00 sahaja).Harga bedak packing asal seperti di bawah. Bedak terdapat dalam 3 jenis haruman. Haruman limau, Ros dan Original Kayu Tanaka, 4 in 1,bunga melur dan bunga jasmin.Ada 2 lagi bedak yang saya tak pasti nama bunga apa. Bungatu warna kuning. Ada masa saya upload semua gambarnya. Ada pelanggan yang bertanya bedak ni ori ke? Jawapannya : kalau nak tahu original ke tidak pelanggan boleh lihat pada warnanya. Warna bedak tanaka ialah coklat sebab ianya dibuat daripada kulit kayu. Walaupun bedak itu dalam bentuk cream tapi bila dipakai ke muka atau badan dia tak boleh rata macam pakai cream-cream lain. Ianya kelihatan seakan-akan kita pakai bedak sejuk, bertepek-tepek. Jangan basahkan bedak dengan air terlalu banyak hingga bertakung dalam bekas bedak kerana ianya akan mencemarkan bedak dan mudah rosak. Kepada sesiapa yang ingin menjadi pembekal bolehlah sms atau telefon saya 017-3017075-Ida. PENGUMUMAN!!!!!KEPADA PELANGGAN-PELANGGAN SETIA. HARGA BEDAK PACKING ASAL RM 15/110G DAN RM8/40G.HARGA BEDAK PACKING BARU SEPERTI DI ATAS. JIKA NAK DAPAT HARGA MURAH LAGI KENA BELI BANYAK SIKIT..DAN KALAU ADA YANG BERMINAT UNTUK JUAL BOLEH RUNDING HARGA LAGI.TQ KEPADA PELANGGAN- PELANGGAN SETIA.TAPI KALAU BELI SATU PACK SAJA RM26 TERMASUK POS UTK YG 110G.RM15 UTK YG 40G.

Saturday, March 27, 2010

AIR WUDUK


1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri . Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Ikhlas kerana Allah.


SECEBIS KASIH

*Assalammualaikum, Bacalah Secebis Kisah yang dipaparkan.*Untuk renungan dan iktibar. Walau pun kini kita sudah dianugerahkan oleh Allah Swt dalam kesenangan, kemewahan, kebahagian tolehlah kebelakang dan tunduklah kebawah betapa ramai lagi INSAN yang tak bernasib baik seperti kita. INSAFLAH ! JANGAN BAKHIL dengan kesenangan dan kemewahan kita, Bantulah mereka seadanya sekadar yang terdaya oleh kita. Sempena kehadiran Bulan Ramadhan ini jangan kita MEMBAZIR MASA DAN HARTA (WANG) untuk berpesta berbelanja. BANTULAH MEREKA YANG MEMERLUKANNYA.HanyaPeringatan untuk semua.. Wassalam*

Secebis Kasih Sayang..

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah."Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai."Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut."Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati...Namun adik cukup tabah.Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!""Tapi apalah maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak."Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis."Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!""Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak."Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti."Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempatdia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat….."Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:" Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!""Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen."Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu."Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.""Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. ''Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.. "Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi…aku menangis seperti selalu.Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik."Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik."Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adikada.""Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayahtiada.Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya…."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati."Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." ''Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apasaja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.*"Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kitadapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."*

SEMUA WANITA ITU CANTIK




Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya 'Mengapa ibu menangis?' 'Kerana ibu seorang wanita', kata sang ibu kepadanya. 'Aku tidak mengerti', kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, 'Dan kau tak akan pernah mengerti' Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, 'Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?' 'Semua wanita menangis tanpa alasan', hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Allah berfirman:'Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan '
'Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya '
'Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh'
'Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya
'Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya
'Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu'
'Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.'
'Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.'
'Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu
hatinya..' tempat dimana cinta itu ada.' Kirimkan ini kepada setiap wanita yang anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita. Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!
Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki,
supaya mereka sedar dan ingat akan
kecantikan wanita mereka yang azali..
bukan pada kecantikan luaran semata-mata
Selami lah hati wanita mu.. dan ingat lah..... Setiap Wanita itu Cantik..