corat-coret

Saturday, November 12, 2011

HAIWAN KESAYANGAN ANAK-ANAK DAN SUAMIKU..






























































Akibat terpengaruh dengan rancangan Majalah 3 yang memaparkan cerita tentang Sugar Glider, anak-anak dan suamiku tiba-tiba sahaja berjinak-jinak dengan haiwan yang dinamakan Guinea Pigs ini. Dalam Bahasa Malaysia haiwan ini dipanggil Arkus ataupun lebih dikenali sebagai Tikus Belanda. Selepas habis sahaja menonton rancangan tersebut anak-anak merengek-rengek minta dibelikan seekor Sugar Glider. Keesokan harinya aku dan suami pergi ke beberapa buah Pet Shop sekitar Ipoh untuk mencari haiwan itu. Setelah membuat survey aku dapati harga seekor Sugar Glider adalah dalam lingkungan RM300++. Jadi aku mencadangkan agar anak aku memilih haiwan lain untuk dipelihara. Akhirnya, anak-anakku memilih Guinea Pigs. Pada hari tersebut aku telah membeli 4 ekor Guinea Pigs sekali dengan cage, habislah dalam RM260.00. Itupun aku beli sebab ada promosi jadi dapatlah murah sedikit.
Comel-comel Guinea Pigs ini. Pada mulanya anak-anakku takut untuk memegang pets dia itu tapi lama-kelamaan berani. Nampaknya pets dia ni sangat mudah mesra dengan manusia. Manjapun ia juga. Kalau tengok keletah mereka memang menghiburkan. Patutlah ramai orang berminat untuk memeliharanya.
Jenis Guinea Pigs yang kami ada setakat ini ialah Abyssinian dan American Guinea Pigs. Jenis Abyssinian berbulu lembut seperti satin dan pelbagai warna. American Guinea Pigs pula berbulu pendek tetapi sangat halus.
Guinea Pigs ini adalah sejenis haiwan peliharaan yang sangat popular kepada masyarakat di Barat. Di sana ada yang menggunakannya sebagai ubat, sumber makanan dan upacara keagamaan sesuatu masyarakat.
Bab makanan pula, rupa-rupanya senang sungguh nak cari makanan dia. Bagi apa sajer dia makan. Kalau dia tak makan tu maknanya itu bukan makanan dia. Setakat ini suami aku dah bagi pets kami ni makan kobis, rumput kering yang dijual di pet shop, lalang fresh, pallet, quaker oat, lobak merah,kangkung, buah-buahan seperti epal dan pisang semuanya dia pulun. Tapi apa yang paling dia suka ialah lalang fresh. Jadi setiap hari terpaksalah suami aku pergi ke tepi-tepi jalan memotong lalang. Guinea pig aku dah jadi 30 ekor semuanya. Pantang jumpa yang cantik-cantik suami aku terus beli. Paling mahal RM90.00. Cage yang kami beli dah tak dipakai sebab dah tak muat. Jadi suami aku dah bina sebuah kandang untuk mereka. Besar juga kandang tu.
Kami asing-asingkan pets yang kecil dengan yang besar. Sebab mereka ni kadang-kadang suka membuli antara satu sama lain. Mungkin bergaduh berebut makanan atau pasangan. Pernah juga dua kali aku tengok ada yang badannya bertobek, kena gigit. Jadi kurang cantiklah. Tapi jangan risau kerana bulunya akan tumbuh semula.

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI GUINEA PIGS SAYA BOLEHLAH DATANG TERUS KE RUMAH SAYA BERALAMAT:-
NO.11 JLN KLEDANG RAYA 25,
TMN MALCOP,
30100 SILIBIN,
IPOH PERAK.

CASH & CARRY!!!! BOLEH PILIH MANA YANG DIMINATI. HARGA DARI RM20 HINGGA KE RM90 BERGANTUNG KEPADA JENIS GUINEA PIGS DAN UMURNYA..
BERMINAT HUBUNGI:-
017-3017075(IDA)

1 comment: