corat-coret

Saturday, October 22, 2016

Funtasy House Trick Art

Kebetulan sepupuku dari KL datang ke Ipoh untuk menjalani praktikal. Jadi inilah masanya untuk aku bawa dia round Ipoh. Di Ipoh ni banyak juga tempat menarik, tapi ada satu tempat ni yang belum pernah aku pergi dan kawan-kawan yang pernah pergi ke tempat tu kata ianya menarik untuk dikunjungi.So, Pada 22 Oktober 2016 aku telah pergi ke tempat itu iaitu Funtasy House Trick Art di Ipoh. Lokasi tempat tersebut ialah di Jalan Sultan Iskandar. Susah jugak nak cari tempat ni kerana bangunannya terletak dalam deretan bangunan kedai.Kalau susah nak cari cuba pergi ke masjid negeri Ipoh sebab bangunannya berdekatan dengan masjid negeri Ipoh tu. Boleh jalan kaki sahaja dari situ.Nak tahu apa yang menarik dalam bangunan tu bolehla tengok gambar-gambar yang aku sertakan di bawah nanti. Nak masuk ke situ kena beli tiket. Tiket untuk dewasa $15, kanak-kanak atas 4 tahun $10, student $10 ( kena tunjuk student card) dan kalau pemegang passport $19. Kanak-kanak bawah 4 tahun free je. Aku habiskan masa 1 jam bergambar dalam tu. Jangan risau kalau anda pergi berseorangan kerana di sana ada pekerjanya yang akan membantu anda mengambil gambar dan menunjukkan cara-cara bagaimana nak buat gaya yang sesuai untuk bergambar.

No comments:

Post a Comment