corat-coret

Friday, October 14, 2016

Anak-anakku... permata hatiku.

Dah lama rasanya tak update blog ni. Al maklumlah anak kecil-kecil lagi. Susah sikit nak pegang laptop atau phone depan diorang tu. Bila nampak sahaja mamanya pegang phone dia pun nak tumpang sekali. Hermmmmm apa nak buat. Bila sorang dah besar sikit, keluar seorang lagi...hihihi.. Inilah dia anak-anakku. Macam-macam kerenah. Bersabar jelah nak membesarkan mereka ni.
Ini yang sulung. Dah 10 tahun umurnya. Susah nak disuruh buat kerja-kerja rumah. Bossy orangnya..kalau suruh dia buat, dia pas pulak kerja pada adiknya yang kedua. Selalunya adiknya yang keduatulah yang jadi mangsa. Tapi kalau bab-bab kerja-kerja sekolah senang nak suruh buat. Tak perlu disuruh-suruh. Selagi tak siap tak tidurlah dia. Suka berangan budakni. Kekadang duk depan cermin bercakap sorang-sorang. Aku intai-intai apa yang dia buat. Apa sahaja yang dibuat kalau boleh nak dirakam..goreng telur pun nak rakam.
Haha...yang ini anak yang kedua. Anak yang sangat rajin menolong mama dan papanya.Selalunya akan buat kerja tanpa disuruh. Agak prihatin budakni. Selalu jaga adiknya yang kecil bila saya memasak atau bila saya tertidur kerana keletihan. Nasibla ada dia ni. Sejuk perut ibu yang mengandung. Tapi bab kerja sekolah/ belajar susah sikit. Asal mengadap buku je, siap satu muka surat,tengok-tengok dah tidur. Haiiii... apalah anakku ni. Lagi satu tabiat dia suka membuat sepah.Dulu-dulu kalau buat sepah dia sendiri akan kemaskan tapi sekarang jangan harapla.
Ini pula yang ketiga. Kalau luka skit pun menjerit-jerit macam luka teruk sangat. Lepastu kena plaster luka dia tu. Selagi tak diplaster selagi tulah dia meraung. So, kenalah ada stok handiplast kat rumah.Kalau bab menghafal lagu memang bagus. Tapi tanya mana huruf A pun tak tau. Letih juga lah ajar tak ingat-ingat juga. Tak apa lah nak, baru masuk 5 tahun pun.
Inilah yang keempat. Satu-satunya anak lelaki. Semoga menjadi anak yang soleh.Pemimpin kakak-kakaknya.

No comments:

Post a Comment