corat-coret

Sunday, October 17, 2010

Tanaka Bark


Kayu Tanaka.

Kayu Tanaka ini sememangnya sudah terkenal sejak dahulu lagi di kalangan masyarakat luar. Ianya dipercayai boleh digunakan untuk tujuan melembutkan dan mencerahkan kulit muka.
Pada suatu masa dahulu, kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat diraja disana untuk mencantikkan kulit. Dipercayai kayu Tanaka ini berfungsi untuk melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik. Ia juga dapat menyejukkan, menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh.
Menariknya, kayu Tanaka ini mempunyai pelbagai fungsi. Setakat ini belum ada kajian saintifik lagi mengenai kayu ini. Tetapi di Malaysia sudah ada syarikat kosmetik yang menggunakan kayu Tanaka ini sebagai asas dalam kosmetik mereka.Tidak ketinggalan, negara seperti Singapura, Filipina dan Thailand sudah tidak asing lagi dengan bedak Tanaka. Di Malaysia, Kosmetik berasaskan kayu Tanaka telahpun diiklankan di dalam kaca televisyen. Jika tidak salah nama kosmetik itu ialah Bio Essense Tanaka White.Yang tidak ada dalam iklan pun banyak juga.
Menurut masyarakat Myanmar, kulit kayu inilah yang mujarab digunakan sebagai petua untuk merawat dan mencantikkan kulit muka mereka. Tidak kira jenis kulit sensetif, normal, kombinasi, semuanya boleh menggunakannya tanpa was-was.Boleh juga digunakan kepada bayi baru lahir.Ianya tidak memudaratkan kulit.Kita lihat senario sekarang, ramai orang ingin kelihatan cantik dengan cepat tetapi produk yang digunakan semuanya mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Memang nampak cantik pada mulanya tetapi lama kelamaan kulit menjadi rosak. Jadi lebih baiklah kita sebagai pengguna bijak cuba beralih kepada bahan semula jadi seperti Kayu Tanaka .
Kayu Tanaka ini, diasah di atas batu untuk menghasilkan esen yang berwarna coklat seperti foundation yang boleh kita perolehi di pasaran. Esen itulah yang disapukan ke kulit muka. Setelah kering di muka, warna coklat itu terus berubah menjadi kekuningan. Tetapi ianya nampak seperti kita memakai bedak sejuk. Boleh diratakan ke muka dengan menggosoknya sehingga rata seperti kita memakai bedak. Adalah lebih baik bagi orang yang berjerawat memakainya dengan tebal di muka pada waktu malam. Seperti memakai MASKER. Kalau hendak dipakai untuk keluar rumah mesti pandai meratakannya ke kulit muka agar orang tak perasan.Ianya dapat mengecutkan jerawat dengan cepat.Tanaka memberi kesan sejuk kepada kulit muka setelah kita memakainya. Fungsi lain esen Tanaka ini ialah ianya boleh dijadikan masker untuk menegangkan kulit muka. Jika masker biasa yang kita beli dipasaran, kita perlu mencuci muka selepas 20 minit dan tidak boleh bercakap-cakap kerana takut kulit boleh berkedut. Berbeza dengan esen Tanaka. Ianya boleh digunakan sampai hilang sendiri dari kulit dan kita bebas menggerak-gerakkan muka. Jika kulit kita jenis yang berminyak usahlah bimbang kerana dengan memakai esen ini kulit kita lama kelamaan akan menjadi kurang berminyak lagi dan akhirnya menjadi normal. Disamping itu, ianya boleh dijadikan pelindung cahaya matahari, dan mencerahkan kulit jika dipakai secara berterusan. Sel kulit mati akan tanggal semasa kita menggosok muka untuk meratakan warna esen yang telah kering. Ianya kelihatan seperti daki.
Pada mulanya, saya tidak pernah tahu tentang keistimewaan kayu ini hinggalah seorang wanita memperkenalkannya kepada saya. Beliau menyarankan agar saya memakai kayu ini untuk menghilangkan jerawat yang banyak di muka saya.Saya mengalami masalah jerawat sejak berumur 14 tahun lagi. Rasa rendah diri sangat bila tengok kawan-kawan yang licin. Jerawat saya makin lama makin teruk.Merah-merah dan bernanah. Tangan pulak gatal je nak picit. Orang kata kalau makan tak jaga memang susah nak control jerawat. Tapi nak buat macamana, saya ni pantang nampak, semua yang dilarang makan itulah yang saya makan. Jadi jerawat saya tak hilang-hilanglah. Bila saya sudah habis belajar di Universiti, saya duduk serumah dengan seorang kawan yang bermasalah macam saya juga. Nak dijadikan cerita, kami berdua pergilah satu klinik tu. Kawan saya tu kata, doktor di klinik tu pernah beritahu dia, yang dia boleh berikan rawatan yang paling baik untuk hilangkan jerawat tapi kosnya tinggilah sikit. So bila kawan saya dah ada duit, dia pun ajak saya pergi klinik tu. Sampai di klinik doktor tu berikan injection dan beri pil. Tak pasti pil apa. Mungkin antibiotik. Nak tahu apa terjadi selepas 2 -3 hari makan ubat tu, jerawat kawan saya jadi lebih teruk. Dari jerawat biasa-biasa dah bertukar jadi bernanah-nanah. Pada mulanya cuma bahagian muka, tapi tetiba bahagian badan pun ditumbuhi jerawat bernanah. Memang marah gila kawan saya. Sampai saya dengan kawan saya rasa macam nak bakar je klinik tu. Tak puas hati betul...tapi takla kami bakar..Bila saya dah ada kerja dan ada duit saya pun jumpa doktor lain pula untuk rawat jerawat saya. Rawatan yang diberi sama juga, iaitu antibiotik. Makan la antibiotik tu. Tapi tak berhasil juga. Cuba itu, cuba ini, dari yang berharga belasan ringgit hingga ratusan ringgit. Semua tak berhasil sampailah saya dah kahwin. Akhirnya, saya diperkenalkan pula dengan kayu tanaka oleh seorang wanita warga asing. Beliau menceritakan kebaikan memakai esen dari kayu ini. Dia telah menggunakan esen Tanaka ini untuk menghilangkan jeragat di mukanya. Kata beliau, hasilnya sangat memberangsangkan. Beliau mengatakan,untuk menghilangkan jerawat kita hanya perlu memakainya lebih kurang dalam 2 hingga 3 minggu untuk melihat kesannya. Lalu saya mencuba. Betul katanya. Lebih kurang 2 minggu saya menggunakan esen ini, jerawat saya hampir hilang kesemuanya. Adik- beradik pula asyik bertanya bagaimana kulit saya yang berjerawat dulu boleh hilang. Sekarang, masing-masing mencubanya.Dan sekarang saya nak berkongsi dengan pembaca blog saya ini pula. Manalah tahu kalau-kalau ianya mujarab untuk anda pula. Kayu tanaka ni bahan semulajadi. Jadi tak perlu khuatir tentang risikonya, INSHAALLAH. Kayu Tanaka inilah akhirnya yang menjadi ubat paling mujarab bagi saya menghilangkan jerawat. Insyaallah jika saya ada jumpa gambar saya masa ada jerawat dulu, saya akan uploadkan disini. Kalau tak de maaflah. Juga gambar saya kini yang tak ada jerawat. Bekas jerawat lubang-lubang je yang tinggal.Harga kayu ni mahal ke? Tidak. Harganya pula pasti semua mampu untuk membelinya. Harga Kayu Tanaka ini tidak mahal hanya RM30.00 sahaja untuk saiz kayu sederhana.Harga ini termasuk kos pengeposan. Jika digunakan setiap hari, ianya boleh tahan hingga 2 hingga 3 bulan malah bertahun-tahun kalau jarang-jarang memakai. Jika kulit kayu tersebut telah habis jangan dibuang kerana bahagian batangnya juga boleh digunakan sebagai bedak biasa. Jangan risau kalau anda tak habis pakai kerana kayu ini tiada tarikh luputnya. Macam saya, saya hanya gunakan bila jerawat tumbuh. Bila dah ok saya berhenti pakai. Mudahkan..Bagi yang baru hendak mencuba, saya sarankan agar anda membeli set Kayu Tanaka dan batu asahnya sekali. Harganya cuma RM65.00 (set percubaan, saiz kayu kecil). Cara menggunanya serupa juga iaitu dengan mengasah menggunakan batu pengasah tanaka. Untuk makluman, saya juga ada menjual batu pengasah kayu tanaka berharga RM35.00 jika dibeli secara berasingan ( termasuk kos pos). Jimat bukan. Jika hendak dibandingkan dengan produk-produk merawat jerawat lain yang pernah saya gunakan ianya sangat berbaloi. Saya telah membelanjakan ribuan ringgit membeli berbagai-bagai produk dalam dan luar negara tetapi inilah yang paling berkesan dan murah. Jadi, apa tunggu lagi!!!!!!Seperkara lagi, selain daripada batu asah yang saya jual itu, kita boleh menggunakan belakang lesung batu atau bahagian bawah pasu bunga.Pengguna-pengguna Kayu Tanaka yang saya hubungi semuanya mengatakan penggunaan kayu ini untuk merawat jerawat memang berkesan.
Sesiapa yang berhasrat untuk membeli kayu Tanaka ini dalam kuantiti sedikit atau banyak bolehlah hubungi saya di 017-3017075 (Ida) @email:wahidahabdwahib@yahoo.com

Cara Memakai esen Tanaka:-


Step 1:Rendam dahulu kayu Tanaka dalam air sejuk dan gosok-gosok sedikit menggunakan berus yang lembut seperti berus gigi untuk menghilangkan kotoran yang melekat pada kayu tersebut buat kali pertama sahaja. Kemudian, sediakan batu asah seperti dalam gambar atau lain-lain benda yang boleh digunakan untuk mengasah kayu ini.Untuk penggunaan seterusnya tidak perlu cuci lagi.

Step 2:Titiskan air 5-6 titik ke atas batu asah.

Step 3:Asah kulit kayu Tanaka mengikut arah pusingan jam. Pastikan batang kayu di baringkan seperti dalam gambar. Bukan menegak. Kerana kulitnya yang mahu digunakan.

Step 4: Asah kayu dengan perlahan-lahan sehingga esen berwarna coklat terhasil. Esen kelihatan seperti foundation(pekat).

Step 5:Jangan biarkan esen kering.

Step 6: Gunakan jari untuk mengambil esen.

Step 7:Sapukan ke muka, biarkan hingga kering.Biarkan seperti memakai masker. Boleh juga jika mahu disapu rata seperti memakai bedak.

Bagi yang malas hendak mengasah kayu tanaka ada alternatif lain iaitu bedak tanaka. Hanya perlu basahkan sedikit tapak tangan dan muka, gosok tangan pada permukaan bedak sehingga jadi macam foundation, kemudian sapu ke muka. Boleh juga memakai span makeup yang jenis boleh dibasahkan. Pakai siang atau malam pun boleh. Harga bedak packing baru cuma RM25.00 kos pos (semenanjung Malaysia RM6.00 ),(Sabah dan Sarawak RM9.00 sahaja).Harga bedak packing asal seperti di bawah. Bedak terdapat dalam 3 jenis haruman. Haruman limau, Ros dan Original Kayu Tanaka, 4 in 1,bunga melur dan bunga jasmin.Ada 2 lagi bedak yang saya tak pasti nama bunga apa. Bungatu warna kuning. Ada masa saya upload semua gambarnya. Ada pelanggan yang bertanya bedak ni ori ke? Jawapannya : kalau nak tahu original ke tidak pelanggan boleh lihat pada warnanya. Warna bedak tanaka ialah coklat sebab ianya dibuat daripada kulit kayu. Walaupun bedak itu dalam bentuk cream tapi bila dipakai ke muka atau badan dia tak boleh rata macam pakai cream-cream lain. Ianya kelihatan seakan-akan kita pakai bedak sejuk, bertepek-tepek. Jangan basahkan bedak dengan air terlalu banyak hingga bertakung dalam bekas bedak kerana ianya akan mencemarkan bedak dan mudah rosak. Kepada sesiapa yang ingin menjadi pembekal bolehlah sms atau telefon saya 017-3017075-Ida. PENGUMUMAN!!!!!KEPADA PELANGGAN-PELANGGAN SETIA. HARGA BEDAK PACKING ASAL RM 15/110G DAN RM8/40G.HARGA BEDAK PACKING BARU SEPERTI DI ATAS. JIKA NAK DAPAT HARGA MURAH LAGI KENA BELI BANYAK SIKIT..DAN KALAU ADA YANG BERMINAT UNTUK JUAL BOLEH RUNDING HARGA LAGI.TQ KEPADA PELANGGAN- PELANGGAN SETIA.TAPI KALAU BELI SATU PACK SAJA RM26 TERMASUK POS UTK YG 110G.RM15 UTK YG 40G.

25 comments:

  1. assalamualaikum..kak,kalo sy nk bli bedak ni mcm mne?

    ReplyDelete
  2. Hubungi saya atau sms shj. No tel spt dlm blog tu..

    ReplyDelete
  3. salam...saya berminat dengan produk ini...bagaimana nak dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis..saya nak oder...stok ada tak??Da hantar mesej..tapi sis tak reply..huhu

      Delete
  4. Kulit jerawat je blh pakai?kalau kulit kering dan sensitif blh pakai x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua jns kulit leh pakai.inshaallah x de effect.

      Delete
  5. Salam. mcm mne rupa bedak tuh ? nk tgk. brape ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm tanah liat warna coklat. atau mcm belacantu. ok sy akan upload pic. harga mcm di atas k.bca btl2.

      Delete
    2. salam. sy pn mcm berminat je nk pakai, jerawat2 degil2 btul huuu...:'(
      t upload la pic ek, dok bace2... jd sgt ingin tahu benar sy disini.

      Delete
    3. boleh tengok dlm google image bedak tanaka. ada byk org dh upload.

      Delete
  6. Assalammualaikum..kak saya nak oder...

    ReplyDelete
  7. salam kak,nk kayu tanaka..mcm mn nk order?

    ReplyDelete
  8. rm15 da msuk postage ka?posting to Sabah brp ya?Email me bad_angel5812@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. x masuk postage. ke sabah tambah rm9. so rm25/pack

      Delete
  9. Salam... Saya pakai bedak tanaka tapi kenapa jerawat makin naik....

    ReplyDelete
  10. salam . kalau bedak tanaka ni pakai dengan krim malam boleh ke ? sebab saya guna produk sf beauty

    ReplyDelete