corat-coret

Saturday, November 14, 2009

MASUK ISLAM KERANA PAKAIAN DALAM


Ditulis oleh : Ummu Raihanah
Terjemahan oleh: Wahidah

Mungkin kedengaran aneh dan janggal. Hidayah memang boleh datang bila-bila sahaja dan pada siapa sahaja. Selama ini mungkin kita lebih sering mendengar masuk islamnya seorang bukan islam ke dalam islam di sebabkan hal-hal luar biasa dan penting. Seperti Dr. Miller seorang ahli Injil di Kanada yang masuk islam setelah menjumpai I’jaz Qur’an dari berbagai segi. Tapi yang ini benar-benar tidak biasa. Ya,…masuk islam gara-gara pakaian dalam!!
Fakta ini dikisahkan oleh seorang Pensyarah iaitu Dr. Sholeh di sebuah Institusi Perguruan Tinggi Islam di Saudi, semasa ditugaskan ke England. Ada seorang perempuan tua yang biasa mencuci pakaian para mahasiswa Inggeris termasuk pakaian dalam mereka.
Suatu hari wanita tua ini menceritakan kehairanannya selama bertugas dengan Dr. Sholeh, dimana adanya pakaian dalam yang ‘aneh’. Ada beberapa pakaian dalam yang tidak berbau seperti mahasiswa umumnya, apa sebabnya? Maka ustaz ini menceritakan kerana pemiliknya adalah muslim, agama kami mengajarkan bersuci setiap selesai buang air kecil mahupun buang air besar, tidak seperti mereka yang lain yang tidak prihatin dalam masalah seperti ini.
Apa yang diberitahu oleh Ustaz itu memberi kesan yang amat mendalam kepada ibu tua itu dan tidak lama kemudian ia mengikrarkan syahadat, masuk islam.

Di kutip dari : Majalah Al-Qawwam edisi 15, dzul qa’dah 1427 H Badiah, Riyadh.
Kosa kata:
I’jaz Qur’an : artinya adalah kehebatan, kemukjizatan dan keajaiban Al-Qur’an.

No comments:

Post a Comment