corat-coret

Sunday, March 25, 2012

LAWATAN KE MYANMAR

Pada bulan September 2011 aku sekeluarga telah pergi ke Myanmar. Rasanya banyak yang ingin dikongsikan disini. Bagi yang belum pernah pergi mari baca cerita saya agar dapat dijadikan panduan bila kali pertama hendak ke sana. Aku berada di Myanmar selama 2 minggu.
Bertolak dari LCCT menaiki penerbangan Air Asia mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kami sekeluarga sampai di Lapangan Terbang Yangon malam hari lebih kurang pukul 9.00 malam. Menariknya, sebaik sahaja kapal terbang mendarat di sana apa yang dapat saya lihat kawasan dalam lapangan terbang Yangon itu dipasang dengan carpet. Macam pelik pulak. Agaknya macam manalah mereka bersihkan karpet tu. Lagi satu yang terasa janggal ialah tak ramai orang dalam airport. Memang jauh berbeza dengan suasana di LCCT Kuala Lumpur. Sekejap sahaja proses untuk mendapatkan bagasi. Agaknya tak ramai orang hendak datang ke Myanmar. Menurut suami saya, yang sememangnya orang Myanmar, katanya Myanmar tak ramai pelancung asing kerana pemerintah negaranya mengadakan sekatan kepada rakyat negara-negara tertentu daripada masuk ke negaranya. Semua itu dilakukan atas faktor keselamatan dan kerahsiaan negara mereka.
Seperkara lagi yang menarik, ramai orang yang berada di airport untuk menunggu kepulangan ahli keluarga mereka dari Malaysia yang lelakinya memakai kain pelekat. Perempuan pula memakai kain batik. Ala-ala macam nak tidur aje gayanya. Muka mereka pula kebanyakannya disapu dengan sejenis bahan seperti bedak tetapi dipakai berbelak-belak. Sebenarnya benda tu adalah bedak mereka yang dihasilkan daripada sejenis kayu yang dinamakan tanaka. bagi mereka kayu tanaka itu memang baik untuk kecantikan kulit. Sesetengah mereka bukan sahaja menyapu dimuka tetapi juga tangan dan kaki sebagai lotion mereka. Kita rasa pelik melihat mereka, mungkin mereka juga pelik melihat kita..
Tetiba suami saya melambai ke arah seorang wanita. Rupa-rupanya wanita itu adalah adiknya.Adiknya nampak ok. Tak ada lah nampak comot macam orang-orang lain di airport sana. Bagi kita memang muka orang di sana nampak comot dengan bedak mereka itu kerana tak disapu rata ke muka. Tetapi bagi mereka itu cantik. Apa nak buat... dah tradisi mereka. Kami di sambut oleh adik suami dan terus kami mendapatkan teksi untuk menginap di Hotel berdekatan. Terkejut aku bila melihat teksi di sana kebanyakannya adalah truck. Aduh macamanani? Nasib baik adik iparku memilih kereta. kalau tak terpaksalah aku memanjat bahagian belakang truck dengan mendukung bayiku yang baru sahaja masuk 2 bulan. Masatu hujan pulak. Hermmmmmmm.. teksi tak ada aircond, tingkap pulak dibuka..habis bayi aku kena tempias hujan. Aku buat dono jelah..Kalau nak cari teksi yang cantik kat situ macam tak ada. Tak jauh dari airport kamipun sampai ke hotel yang dipilih oleh adik iparku. Nama hotel aku dah tak ingat. Bolehlah tahan. Kata suami aku harga bilik hotel yang kami sewani mahal sikit sebab aku ini orang asing. Dia tak guna nama suami aku. Guna nama aku untuk pendaftaran. Bijak mereka cari duit. Harga sewa bilik tak sama bagi orang asing dengan orang tempatan. Malam itu aku tak berapa boleh nak tidur. Suamiku asyik bersembang sahaja dengan adiknya. Aku nak masuk campur tak boleh kerana tak faham bahasa mereka. Maklumlah jarang berjumpa. Bila dah jumpa, masatulah nak luahkan segalanya. Tak sangka jugak aku dalam hotel ni ada nyamuk. Hiss.. bengang betul. Air dari aircond keluar pulak. Paginya banjir bilik aku.

No comments:

Post a Comment